Gambar

Tuesday, February 1, 2011

Kamu Terpilih.. TAHNIAH !

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

**********
“Assalamualaikum, semua..”
“Waalaikumussalam..”
“Apa khabar pemimpin-pemimpin pelajar yang di hadapan cikgu ini ?? Nampak ceria-ceria sahaja hari ini ?? Maaf atas kelewatan cikgu, tidak disengajakan..”

“Alhamdulillah, cikgu. Kami sihat sahaja, cuma sedikit terkejut dengan perjumpaan kita semua hari ini. Tidak pernah-pernah cikgu buat meeting tergempar macam ni, cikgu pun nampak tergesa-gesa, kenapa ya ?? penting ke cikgu ??”
“Ya la cikgu, selalunya dalam dua atau tiga hari awal, pasti cikgu akan inform kami terlebih dahulu, tetapi hari ini, baru dua atau tiga jam yang lepas, cikgu announced mengenai meeting ni..”
“Benar kata Mus’ab, cikgu.. tetapi cikgu janganlah bimbang, itu tidak bermaksud yang kami tidak selesa dengan meeting ni, bukankah kita semua sudah ibarat seperti keluarga, bukankah begitu sahabat-sahabat..??”
“Betul..betul.. jika ada apa-apa masalah, inform saja kami cikgu, kami sedia membantu..”
“SubhanAllah.. gembira hati cikgu mendengarnya.. kamu semua memang baik hati, selayaknya kamu menjadi pemimpin pelajar di sekolah ini..cikgu bangga dengan kamu semua..”
“Eh cikgu, tidak perlu puji-puji kami.. itu memang sudah menjadi tugas kami..”
“Alhamdulillah, gembira cikgu mendengarnya.. em, sebenarnya cikgu tidak mahu mengambil masa kamu, cikgu rasa eloklah jika cikgu straight to the point sahaja..”
“Betul..betul.. tetapi cikgu buat kami suspend lah.. hahaha.. :) Apa perkara pentingnya, cikgu ??”
“Begini, cikgu sebagai Ketua Pelantikan Pelajar di sekolah ini, akhirnya telah membuat keputusan dalam pelantikan Ketua Umum untuk sesi tahun ini. Beliau akan menjadi ketua kepada kamu semua dan pelajar-pelajar yang lain.. Alhamdulillah, cikgu telah tekad untuk memilihnya..”

“Eh siapa pelajar bertuah itu cikgu ?? Pasti dalam kalangan kami juga kan ??”
“Mus’ab ke, cikgu ??
“Umair lah.. betul kan, cikgu ??”
“Pada pandangan saya, Anas lebih layak..”
“Umar bagaimana pula ?? Dia tidak kurang hebatnya..”
“Eh Tholhah rasanya, ya saya yakin, Tholhah !! tidak percaya, tanya cikgu..”
“Em saya menjangkakan Az-Zubair atau Abu Ubaidah Al-Jarrah..”
“SubhanAllah.. Pemimpin pelajar yang cikgu kasihi sekalian, cikgu sudah menjangkakan situasi ini, pasti kamu semua berharap,pasti kamu semua yakin, dalam kalangan kamulah yang bakal memegang tampuk kepimpinan di sekolah ini, bukan ??”

“Eh itu sudah pasti, cikgu.. tetapi kenapa ?? Adakah bukan kami yang bakal menjadi Ketua Umum, iaitu pangkat yang benar-benar kami idamkan itu ?? Bukan kami ke, cikgu ??”
“Maafkan cikgu, Abu Bakar.. Ya, benar.. bukan dalam kalangan kamu..”
“Ha !!!! Bukan kami ?? Tetapi siapa dia cikgu ??”
“Maafkan cikgu sekali lagi.. keputusan cikgu muktamad..”
“Siapakah dia ??? Adakah kami mengenalinya ??”
“Cikgu telah tekad, yang bakal menjadi Ketua Umum untuk tahun ini adalah sahabat sekelas kamu sendiri.. beliau adalah, Salman Al-Farisi..”
“Apa dia cikgu ?? Salman Al-Farisi ????”
“Adakah cikgu bergurau ??”
“Tidak, Muadz.. Cikgu serius..”
“Cikgu, sebelum cikgu umumkan Salman sebagai Ketua Umum di khalayak ramai.. saya ingin memberitahu cikgu sesuatu. Kami semua amat kenal siapa itu Salman Al-Farisi.. Saya juga amat yakin yang cikgu juga kenal siapa pilihan cikgu itu. Beliaulah pelajar yang paling banyak masalah. Suka merosakkan harta benda sekolah, habis semua kerusi, meja, papan kenyataan hancur dibuatnya.. Samseng !! Peraturan sekolah sukar dipatuhinya..”
“Benar kata Bilal itu, cikgu. Bukan itu sahaja, Salman mempunyai banyak rekod jenayah sekolah. Suka bergaduh, bergusti.. sampai berdarah pelajar dibelasahnya.. sampai pengsan pelajar dipukulnya..sungguh teruk dia cikgu.. Apakah orang sebegini yang cikgu mahu memimpin sekolah ?? Memimpin kami ?? Oh tidak, cikgu.. Tidak !!”
“Apakah kami ini tidak cukup layak untuk menjadi Ketua Umum, cikgu ?? Cikgu amat rapat dengan kami. Cikgu kenal siapa kami. Kami sentiasa patuh dengan arahan cikgu, arahan sekolah.. kami sentiasa menjaga keamanan dan kedamaian sekolah ini.. apakah ini masih lagi tidak cukup layak untuk kami dilantik untuk jawatan itu ?? Apakah sebabnya, cikgu ?? Nyatakan kepada kami..”
“Anak-anak murid cikgu sekalian, Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu tidak ketahui..”
“Apakah sebabnya, cikgu?? Saya berpendapat agar cikgu berfikir semula dengan keputusan cikgu itu..”
“Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu semua tidak ketahui..”
***********

SubhanAllah.. diri ini bukanlah seorang sasterawan terbaik untuk membuat analogy sebegini. Tetapi besar harapanku untuk membawa semua pembaca kepada satu persoalan. Jika kamu adalah Salman Al-Farisi, pelajar yang baru dilantik menjadi Ketua Umum, apakah perasaan kamu ?? Di tambah lagi, kamu mengetahui yang kamu dilantik dengan alasan gurumu, “Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu tidak ketahui..”
Kamu bukanlah pelajar terbaik, kamu pelajar bermasalah..pelajar yang dianggap penjenayah sekolah.. tetapi tiba-tiba terpilih menjadi pemimpin sekolah.. apa perasaan kamu ??
Sudah pasti perasaan terharu terbit jauh dari pelusuk hati, perasaan berterima kasih muncul jauh di sanubari.. apa tidaknya, seorang ‘banduan’ tiba-tiba diberi harapan..SubhanAllah.. kecil tapak tangan,nyiru ku tadahkan..
Diriku ingin bertanya kamu sekali lagi, apakah sanggup kamu, Salman Al-Farisi, melukai hati guru yang melantikmu dengan alasan, “Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu tidak ketahui..” ini ?? Apakah sanggup kamu mengecewakan seorang guru yang amat-amat mempercayaimu ini ?? Apakah sanggup kamu melanggar arahan seorang guru yang sanggup mengetepikan orang terdekatnya, semata-mata keranamu ini ?? Apakah kamu sanggup ??
Sudah tentu tidak, bukan ?? Tetapi jika kamu sanggup melakukannya juga, tidak ada perkataan lain yang layak bagimu melainkan kamu ini adalah KEJAM, TIDAK MENGENANG BUDI, SOMBONG.. apa lagi tohmahan yang layak bagimu ??
Kamu sendiri ada jawapannya..
**********

No comments:

Post a Comment