Gambar

Saturday, October 8, 2011

Imam Dan 20 Sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Sunday, July 17, 2011

Sebuah Penantian Pak Pandir




Pada suatu hari, Pak Pandir telah membeli sebuah motorsikal. Pergh ~ Bergaya sungguh dia menunggang motornya itu. Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”

“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.

******************************************

Menanti sesuatu yang tidak pasti. Itulah yang dapat digambarkan dalam kehidupan manusia. Mereka hanya mahu sesuatu benda mengikut kehendak mereka sahaja. Graduan menganggur kerana hanya ingin kerja sesuai dengan taraf kelayakan mereka. Yang bujang membujang sampai ke tua kerana belum terjumpa pilihan idamannya. Hakikatnya, Allah telahpun membuka jalan dihadapan, tapi kita tidak inginkannya kerana tidak berkenan di hati.

Contohnya mereka lepasan universiti, banyak yang masih menganggur. Bukan semua, tetapi ada sebilangan mereka yang memilih kerja kerana berpendapat itu yang sesuai buat mereka. Ada kerja lain yang mereka dapat, tapi hanya kerana tidak menepati citarasa sahaja, lantas dinantikan sesuatu yang belum pasti. Bak kata Pak Pandir ” Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik”.

Bersyukurlah apa yang kita dapat, itulah kunci utama. Jangan kerana kemahuan sahaja, kita melepaskan sesuatu yang ada. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Bukan tidak boleh memilih, tapi biarlah berpandukan akal fikiran, bukan mengikut keinginan hati. Tiada mustahil sesuatu yang kita dapat itu memandu kita kearah yang lebih baik lagi. Kan tuhan senantiasa ingin memberi yang terbaik buat kita? Semestinya tak akan keluar lampu isyarat lain melainkan merah, kuning dan hijau sahaja. Yang penting, banyakkan berdoa kepadanya, agar tidak was-was dalam memilih. Kerana perasaan was-was itulah yang digemari oleh syaitan. Ingat, bodoh itu adalah mereka yang menyalahgunakan akal!

Friday, June 24, 2011

Ya Rabb, Izinkan Aku Jatuh Cinta



Ada pinta dalam bait kata
Ada senandung jiwa dalam syair hati
Ada kerelaan dalam melangitnya rasa cita
Kala cahaya cinta berpendam di taman hati
.
Rabb…
“Ku ingin dia menjadi belahan jiwa
Untuk menyempurna agama
Kala mitsaqan ghaliza telah mematri kami
.
Rabb…
Izinkan aku membisikkan kata
“Aku sungguh jatuh cinta padanya”
Kala senyum bahagia kami merekah
.
Rabb…
Ku berharap meminta
“Tumpahkan barakah-Mu keatas kami”
Dikala ‘ku sentuh jemarinya’ yang  lembut
.
Rabb…
“Semoga kan menjadi taburan pahala”
Kala bahtera kehidupan terlayari
.
Rabb….
Ku menadah jemari
“Jadikan kami sepasang cinta di dunia dan akhirat”
Kala bunga cinta kami bersemi mekar
.
Rabb…
“Semoga mereka akan jadi pelita
Semoga mereka akan jadi lentera
Semoga mereka akan menjadi senyuman bangga
Abi dan ummi nya di Yaumil hisab kelak”
.
Rabb…
Izinkan daku jatuh cinta
Kepada yang layak aku cinta
.
Rabb…
Izinkan daku jatuh cinta
Hanya untuk seseorang
Yang telah diredhai dan diizinkan oleh Mu
.


Sumber: Ya Rabb, Izinkan Aku Jatuh Cinta | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/ya-rabb-izinkan-aku-jatuh-cinta/#ixzz1QBXfqZ9c

Tuesday, June 21, 2011

Jangan benci sesama manusia






setiap manusia yang dilahirkan, pasti kesilapan akan dilakukan kecuali para nabi dan rasul.
Sudah sememangnya ia akan berlaku, tetapi setiap kesilapan yang telah dilakukan hendaklah disusuli dengan keinsafan dan taubat.


Insan mana yang sukakan kesilapan. Betul tak. Jika kawan anda mahupun sesiapa sahaja insan di sisi anda, janganlah membenci mereka kerana diri mereka telah melakukan kesilapan.
Bahkan, kita hendaklah menyayangi diri mereka tetapi membenci perangai atau tingkah laku mereka..


Kalau kita telah membenci diri mereka, adakah diri kita sendiri akan membantu mereka ke jalan yang benar tanpa ada rasa sayang pada mereka? Tentu tidak boleh bukan..
Namun, kalau kita benci akan perbuatan mereka tetapi kita menyayangi diri mereka, pasti kita akan membantu mereka ke jalan yang benar, jalan yang lurus.
Anda setuju?


Sebagai contoh:
Suatu hari, si A membuat satu kesilapan, dan si B memarahi dia lalu membenci. Adakah ia satu konsep yang betul? Dimana letaknya cara islam mengajar kita untuk saling menyayangi sesama manusia kerana Allah?


Akhirnya, daripada si A yang telah terbukti bersalah menjadi semakin dekat padaNya, tetapi  si B menjadi lagi jauh dariNya.
Punca dari sebuah kesilapan kawan, akhirnya kita pula yang terhayut membawa dosa. Kerana mungkin dalam proses membenci itu, anda telah memfitnah dan memaki hamun.


Jangan kita tunjuk sikap suka jaga tepi kain orang, tetapi kita tunjuk yang kita mengambil berat tentang diri orang lain.


Apabila kita mengambil berat tentang orang lain, pasti ia lahir dari sebuah perasaan sayang kepada orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang, kelak nanti kita sendiri yang terkena akibatnya.


Sayang dan ubah peribadi. Semoga dengan diri kita menyayangi orang lain, orang lain juga akan menyayangi diri kita semula..=)

Sunday, June 12, 2011

Cukup Cukup Cintai

Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

Saturday, June 11, 2011

Jangan pernah kau salahkan cinta

jangan pernah kau salahkan cinta~


Mulai hari ini, jangan pernah kau salahkan cinta, jangan pula kau salahkan waktu. Karena semua itu adalah sebuah proses kehidupan yang harus kita lewati bersama. Engkau juga jangan salahkan pertemuan itu. Apalagi mempertanyakan mengapa semua harus berakhir, sekali lagi aku katakan itu semua adalah sebuah proses kehidupan yang berlaku pada semua orang.

Tanpa itu semua kita tidak akan dapat merasakan indahnya sebuah cinta yang sebenarnya. Dan bila kita pernah mengalami sakitnya kehilangan sebuah cinta. Kita akan mencuba berusaha untuk menjaga cinta dengan kekuatan yang kita miliki. Agar cinta ini tidak pernah hilang untuk kedua kalinya.

Simpanlah apa yang pernah ia berikan, dan jangan pernah engkau sebutkan lagi. Karena bila engkau sebut, maka sakitnya cinta itu akan terasa semakin dalam. Engkau seperti melayang tak berpegangan. Engkau akan seperti orang yang kalah dalam sebuah pertandingan. Ingatlah itu sahabat ku sayang.

Engkau tidak sendirian. Selain engkau juga ada yang pernah didera oleh cinta. Batinnya merasa tersiksa. Hatinya hancur dalam sebuah kepingan yang berserakan. Tertipu oleh indahnya sebuah fatamorgana yang menjanjikan sebuah angin kebahagiaan.


Jadilah seorang yang tegar! Mampu menantang datangnya sang ombak. Jangan pernah kau terjebak dengan balutan kenangan yang memabukan. Tak selamanya air matamu itu selalu kau jatuhkan setiap kau ingat kata-kata manisnya. Tak selamanya batinmu remuk setiap kali kau mengingat lembaran-lembaran asmaramu yang telah usang. Engau bukanlah seorang kecundang, tetapi kau seorang pejuang sejati.

Ingat!!!!!! Jangan pernah kau salahkan cinta. Karena cinta tak pernah bersalah. Cinta adalah anugerah dari Tuhan yang harus kita pelihara dengan sebaik-baiknya.


Wednesday, May 25, 2011

Mari Kenali Sultan Muhamad Al Fateh

Muhammad Al Fateh
Di usia remajamu
Kau telah berjaya mengukir sejarah besar
Menakluki Kota Constantinople
Bagi merebut janji Tuhan

Jua membenarkan kata-kata Rasul
Kota Constantine akan ditawan oleh raja rakyat dan tentera yg terbaik
Rupanya di tanganmu tercipta kemenangan setelah sekian lama
Dicuba dari zaman ke zaman

Hari ini kami impikan peribadi bayanganmu
Meniru kekuatan rohmu
Menyalin kebijaksanaanmu
Mengulangi kekentalan jiwamu
Bagi memastikan Islam kembali
Berdaulat dan gemilang

Moga pengulangan sejarah ini akn berlaku di tangan kami
Generasi pelapis Muhammad al Fateh kedua
Inilah azam dan tekad kami
Moga Dikau perkenankanlah
Perkenankanlah wahai Tuhan
Perkenankanlah wahai Tuhan

Muhammad Al Fateh..Siapa dia? Penyanyi baru ke? Pelakon baru ke? Alhamdulillah,  InsyaAllah d'bwh ini sy sertakan artikel ttg siapa dia Sultan Muhamad Al Fateh (d'cari d'bbrapa smber). Wajarlah keperibadiannya kita kagumi. Kalau taksub pada artis tidak d'tuduh haram, tidak salah rasanya kita sangat2 meminati dan mengagumi salah seorang daripada tokoh Islam yang gemilang ini. D'usia muda sudah menabur bakti pada agama, bagaimana pula kita? Erm...sy rs malu btul dgn Allah, d'usia yg m'masuki era 20-an, msh belum ada budi yg d'beri pd agama sedangkan Tuhan Maha Baik memberi segala-gala bt kita..ampun ya Allah..mg Engkau perkenankan kami semua menjadi generasi pelapis Muhammad Al Fateh kedua ya Rahman, Ya Raheem..



HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.




Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.



Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.


Karisma Seorang Pemimpin


Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu...

Saturday, April 23, 2011

CINTA SELEPAS KAHWIN???


Assalamualaikum....Cinta sebelum kahwin ke selepas kahwin yang paling baik???Alhamdulillah Allah masih sayangkan kita semua...DIA masih memberi kita semua kesedaran tentang perkara ini...bagi anda sendiri yang manakah lebih baik disisi Allah,cinta sebelum ka selepas kahwin....


Ana sendiri pun tertanya-tanya,namun Alhamdulillah ada yang masih boleh menasihati ana dan memberi nasihat serta pandangan tentang perkara ini,,orang ini amatlah ana sayang sebagai seorang sahabat...semoga Allah berkati apa yang dia lakukan dan sentiasa dalam jagaanNya...Semoga Allah jadikan dia seorang wanita yang solehah...Dan semoga dialah Jodoh ana,,sememangnya diri ini sangat menyayanginya tetapi Haruslh dengan cara yang BETUL.....Tapi ana ingat ja,Jodoh itu ditangan Allah....^_^




Betullah yang dikatakan Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : " Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"

"if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

`Cinta Selepas Perkahwinan`
Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis)
Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.

Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta.
Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.Itulah cinta bersulam redha. 


Semoga dengan perkongsian kali ini Allah kuatkan Hati ini dan hati kita semua agar sama2 kita pelihara kesucian cinta kita terhadap seseorang yang kita sayangi dan cintai itu dan mengutamakan Cinta Kepada Allah lebih utama..Aminnn...~~~

Wednesday, April 13, 2011

SAKINAH YANG DICARI

aku duduk sendiri..
diam menyepi,kadangkala terasa mahu lari dari semua ini
ku gagahkan diri,mencapai kalamMu...
ku selak,ku baca dan fahami maknanya..
ya Allah,begitu luasnya cintaMu
betapa Agungnya diriMu..
kala itu,air mata mula membasahi pipiku..
menyesali diri ini

malu pada diriMu,
rasa sedih hilang silih berganti..
setiap kata-kataMu penyembuh luka di hati
setiap apa yang termaktub punyai kisah sendiri..
dari rasa sedih,silih berganti pada rasa malu..
dari rasa malu beralih pula pada rasa rindu..
pada yang Maha Satu..

cintaMu seluas langit dan bumi,
menanti di setiap persimpangan liku-liku hidupku.
kala aku berlari,cinta&kasihMu juga berlari
kala aku terjatuh,kasihMu menanti untuk diri ini berdiri kembali..
kasihMu tidak pernah jauh..
ada dalam setiap helaan nafas,gerak geri perbuatanku...

tetapi,
diri ini yang sombong,diri ini yang leka..
merasa hebat tanpa pertolongan Yang Maha Esa
kadangkala lupa..
saat berjalan di tutup mata..
walaupun sebenarnya ada cahaya

tetapi diri ini yang sombong lagi hina..
aku mampu berjalan sendiri katanya
tanpa perlukan cahaya...
akhirnya,apabila jatuh...
barulah ku tahu apa fungsinya cahaya
ya Allah...betapa hebatNya cintaMu
cintaMu adalah cinta yang paling menyenangkan.
cinta yang abadi lagi hakiki.

aku malu..
tapi aku PERLUKAN cintaMu.
ya Allah...

PeRANcangan Allah....


perancangan...perancangan menjadikan kehidupan kita lebih teratur dan tersusun..namun dalam kita mengatur perancangan untuk meneruskan kehidupan jangan kita lupa Allah jua merancang untuk kita..

SESUNGGUHNYA perancangan ALLAH maha hebat..kadang-kadang hikmahnya kita tidak nampak..dan saat itu kita ibarat menyalahkan takdir yang selalu tidak menyebelahi kita..seolah-olah kita tidak memandang ada hikmah yang tersembunyi yang menuntut kita untuk berfikir dengan mata hati...pada saat itu barulah kita merasakan indahnya perancangan Allah...




ALLAH tidak pernah melepaskan pandangannya pada hamba-hambaNYA walapupon hamba-hambaNYA kekadang terlpas pandng untuk beribadat kepadanya...kerana sifat ar-Rahman dan ar-Rahim itulah ALLAH merancang sesuatu yang terbaik untuk kita..
sebagai hambaNYA kita seharusnya melatak rasa harap dan menyerah diri yang tinggi pada NYA...bila adanya rasa harap dan menyerah diri, pasti kita tidak akan mudah menyalahkan takdir yang berlaku dan kita tidak akan bersangka buruk dengan ALLAH...di situ juga ALLAH ingat melihat rintihan hambaNYA..ya benarlah..JIKA KITA YAKIN KEKUATAN SESUATU DOA ITU KITA PASTI AKAN TERS BERDOA DAN TERUS BERDOA....hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA...kadang-kadang apa yang kita rancang itu, lambat dimakbulkan...maka Allah gantikan dengan yang lain kerana ada hikmahnya di situ...dan kadang2 ia menuntut kita untuk menjadi redha dengan perancangan itu..di sebalik redha itu akan datang rasa ikhlas dan kita akan tenang melalui hari-hari yang mendatang..


....ya ALLAH...akan bersyukur dengan perancanganMU yang kadang2 aku sendiri tidak pasti apa hikmahnya..namun kitala hamba...

Friday, April 8, 2011

Keluhan seorang lelaki untuk wanita


Keluhan seorang lelaki untuk wanita

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu,
serlahkan auratmu, jarangkan kainmu,
bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa??
tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras-kerasnya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..

adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abang-abangmu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..
andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati-hatimu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..
sedarlah wahai wanita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk-buruk hiasan andai iman tidak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…

Nasihatku untukmu…

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..

Friday, April 1, 2011

KEPENTINGAN IMAN!!

pilihan hati yg disertai iman

ya nisa"
sesungguhnya wanita itu penyeri dunia,
penghias syurga,
penawar sunyi,
teman sepi,

Dikaulah sahabat pemanas pendidik,
dikaulah juga sebagai penyelamat,
tetapi ingat wahai wanita,
jika hilangnya dalam dirimu,

Dikaukan menjadi fitnah dunia,
penarik bala bencana,
peruntuh ummat dan
pembunuh iman,

ingatlah wanita,
tutur godamu berbisa,
akhlak burukmu pembakar nafsu,
dan penyebab ziNa,

wahai wanita jadikanlah,
sunnah cara hidupmu,
Quran pertuturanmu,
sahabiah idolamu,
lemah-lembut sifatmu,

pengasih dan penyayang adalah
penyempurna hidupmu,

wahai wanita,
beriman dan bertaqwalah,
dengan sebenar2nya,
tidak kira siapa pun dirimu,

kecantikanmu,
kekayaanmu,
dan ketinggianmu,

bukan itu yang menjadi,
perbandingan ku terhadapmu,
tetapi yang ku harap kan,
ialah keimanan,
ketaqwaan serta,
ketaatan terhadap,
perintah Rabbul A"lamin dan,
sunnah Kharul Muslimin,

pohonlah kepadanya supaya dikurniakan segala perkara,
yang baik hingga dijadikanya dirimu sebagai Khairul nisa",
dari kalangan KHAIRUL UMMAH.