Gambar

Monday, January 31, 2011

Darurat di mesir, nasib student malaysia !

 Assalamualaikum Sahabat2,
Artikel ini Ana copypaste dari jomphp. Di sini ana nak tekankan supaya CUKUP CUKUP LAH PASAL GOSIP ARTIS , ana mahu tahu nasib pelajar malaysia dia sana. pelissss ! bukak newspaper online malaysia, kes mana2 artislah..malas ana nak sebutkan padahal kes student malaysia dekat mesir ni lagi haru :( sedih sangat baca notes dari ibu salah seorang student dekat mesir,)


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
huru hara di mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.



3. 6000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.



5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.
8. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian..Semoga Sahabat2 kita di sana berada dalam Jagaan-Nya...Amin...

16 waktu doa dikabulkan

* MALAM JUMAAT ATAU
* MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
* MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
* MALAM 10 MUHAMRRAM
* MALAM NISFU SYA’ABAN
* MALAM ‘LAILATUL QADAR’
* MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
* KETIKA HENDAK BERBUKA
* ANTARA AZAN DAN IQAMAH
* PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
* SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
* ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
* SELEPAS KHATAM AL-QURAN
* KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
* SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
* SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

* KETIKA MELIHAT KAA’BAH
* DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
* DISISI MULTAZAM
* DIBAWAH PANCURAN EMAS
* DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
* DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
* DIATAS BUKIT SOLAT
* DIATAS BUKIT MARWAH
* DITEMPAT SA’I
* DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
* DI MUZDALIFAH
* DI MINA
* DISISI JAMRAH AL-ULA
* DISISI JAMRAH AL-WUSTO
* DISISI JAMRAH AL-’AQABAH
* DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Adab Adab Berdoa

by Koleksi Tazkhirah Di FB on Tuesday, February 1, 2011 at 8:52am
Ayat-ayat Al-Qur’an maupun Hadits Nabi banyak menyebutkan pentingnya doa dalam kehidupan kita, dan bagaimana hal itu seharusnya diamalkan. Dalam Al-Qur’an, Allah berfirman “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan cara merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah itu amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Q.S Al-A’raf: 55-56).

Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW bersabda, “Doa itu ibadah.” (HR Abu Daud & At-tirmidzi). Dalam hadits lain disebutkan, “Barang siapa dibukakan pintu doa, berarti pula telah dibukakan pula untuknya pintu rahmat. Dan tidak ada yang dimohonkan kepada Allah yang lebih disukainya selain dimohonkan ‘afiat. Suatu doa memberikan manfaat kepada apa yang telah diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menolak ketetapan Tuhan kecuali doa. Karena itu berdoalah kamu sekalian”. (HR At-Tirmidzi).

Jika suatu doa telah dimohonkan dengan tata cara yang benar, ia pasti akan diterima, meskipun dengan penerimaan yang berbeda-beda . dalam suatu hadits disebutkan, “Setiap muslim di muka bumi yang memohon sesuatu kepada Allah, pasti permohonannya itu dikabulkan Allah, atau Allah akan menjauhkannya dari kejahatan, selama ia berdoa yang tidak membawa dosa atau memutuskan tali silaturrahmi,” (HR At-tirmidzi).

Rasulullah SAW juga bersabda, “Tidak ada sesuatu yang paling mulia dalam pandangan Allah selain berdoa kepada-Nya ketika dalam keadaan lapang (tidak dalam keadaan sulit)”. (HR Al-Hakim). Hadits ini menekankan pentingnya berdoa dalam keadaan lapang, karena kebanyakan diantara kita hanya berdoa dalam keadaan sulit. Berdoa disaat sulit adalah wajar dan menjadi kebutuhan kita, tapi kita tak boleh lupa memohon kepadaNya dalam keadaan lapang. Hadits lain menyebutkan, “Doa itu senjata orang mu’min, tiang agama, serta cahaya langit dan bumi.”

Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin, Imam Ghazali menjelaskan adab berdoa. Apabila seseorang ingin berdoa kepada Allah, hendaknya ia melakukannya dengan cermat dan memelihara adab berdoa sebagai berikut:

1. Pilihlah waktu yang baik dan mulia, seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari jum’at, sepertiga terakhir dari waktu malam, dan pada waktu sahur.
2. Lakukanlah dalam keadaan khusus, seperti ketika bersujud dalam sholat, ketika berhadapan dengan musuh di medan perang, ketika turun hujan, sebelum menunaikan sholat dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari segala gangguan setan, dan ketika menghadap ka’bah.
3. Menghadaplah kearah kiblat
4. Rendahkanlah suara, antara terdengar dan tidak – oleh orang yang berada di sisi kita
5. Jangan bersajak, melainkan cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana, sopan, dan tepat, mengenai sesuatu yang diperlukan. Tidak berarti kita tidak bolehberdoa dengan kata atau kalimat yang indah. Yang tidak diperbolehkan ialah dengan cara yang dibuat-buat sehingga mengesankan berlaku tidak pantas kepada Allah SWT. Amat baik jika kita memilih lafal doa yang diterima dari Rasulullah SAW, yang kandungannya sesuai dengan yang kita mohonkan.
6. Khusyu’lah dan tadharru’ dengan merasakan kebesaran Allah dan kekuasaanNya
7. Kukuhkan keyakinan bahwa doa kita akan diperkenankan oleh Allah, dan tidak merasa gelisah jika doa itu belum terkabul.
8. Ulang-ulangi doa itu dua-tiga kali. Sesuatu yang sangat kita dambakan akan lebih baik jika dibaca berulang-ulang dua-tiga kali
9. Pujilah Allah pada permulaan doa
10. Bertobatlah sebelum berdoa dan hadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah.


Imam Nawawi berkata, ”Doa itu sebaiknya dimulai dengan kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimat tahmid juga”. Sesudah itu membaca sholawat kepada nabi, sekurang-kurangnya Allahumma shalli ‘ala Muhammadin wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallim (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada nabi Muhammad, keluarganya, para sahabatnya, dan berikanlah kesejahteraan kepada mereka).

~Kelebihan Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam.



Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh All...ah S.W.T.

Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Si Pemalas Dengan Abu Hanifah

 Salam sahabat semua,kali ini ana bawakan kisah Imam Abu Hanifah untuk kita sama2 ambil pengajaran dari kisahnya ini...

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu.

Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."


Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.

Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."


Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."


Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.


Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya.

Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha.

Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.


Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Gurau Dan Senda Rasulullah

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata,

"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Calon-calon Pemuda Pilihan....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
"Berikanku sepuluh orang pemuda, maka akan ku goncangkan dunia.."
– Presiden Pertama Indonesia,Bung Sukarno.
PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA.. mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..
"Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!"
- Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab
SubhanAllah, lelaki mana yang tidak mahu bercita-cita menjadi seperti ini?
Mustahil.. Jika mereka tiada berkeinginan untuk berusaha menjadi ke arah itu, mereka bukanlah PEMUDA yang digambarkan oleh Bung Sukarno, mereka bukanlah RIJAL yang dimahukan oleh Amirul Mukminin.. mereka hanyalah insan biasa-biasa, bukan INSAN LUAR BIASA.
"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.." - Surah Al-Kahfi [18:13]
Ya Allah, bukan mudah untuk menjadi pemuda seperti itu, tetapi ia bukanlah satu perkara yang ganjil dan janggal dalam dunia sejarah kegemilangan Islam.
Lihatlah Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Salahuddin Al-Ayyubi, pemuda-pemuda Al-Kahfi, Saidina Ali, Imam Syafie' dan ramai lagi pemuda kebanggaan agama dalam sejarah kegemilangan Islam.
Mereka semua PEMUDA, mereka semua hampir sebaya kita.. mereka semua bercita-cita.. tetapi bukanlah bercita-cita sekecil jiwa kita, cita-cita mereka HEBAT.. impian mereka BERSEMANGAT.
SubhanAllah, bukti apa lagi yang kita mahukan untuk membuktikan pemuda seperti kitalah yang seharusnya bangun dari lena, sedar dari angan-angan yang sia-sia, bangkit dari alam maya ke alam yang nyata.
Siapa lagi yang akan jadi PENDOKONG UTAMA AGAMA, jika bukan dari dalam kalangan pemuda itu sendiri.
Andalah PEMUDA harapan AGAMA itu!
Lihatlah realiti masa kini.. pemuda kian longlai, pemuda semakin kusut masai, pemuda mudah dihina, pemuda senang dicerca.. pemuda tiada wawasan diri, pemuda tiada pegangan AGAMA yang sejati..
Ya Allah..
Katakanlah dalam diri, kamilah PEMUDA PEJUANG, PEMUDA yang bukan hanya duduk senang lenang, PEMUDA harapan AGAMA, PEMUDA perubahan identiti BANGSA.. kamilah orangnya!
Kamilah RIJAL yang ditungu-tunggu kehadirannya.. kami!!
Ya, kamilah orangnya, katakanlah dalam diri.. tekadkan dalam sanubari.. tanamkan dalam hati.
Justeru, untuk berubah dari seorang lelaki biasa kepada PEMUDA LUAR BIASA ini, ada satu perkara yang amat penting untuk kita sama-sama telitikan. Apakah ia?
Itulah HATI ..
"Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.." - Surah An-Naml [27:74]
Jika seorang tentera itu mahu kekuatan dalam dirinya, latihan FIZIKAL merupakan latihan utama.
Begitu juga seorang PEMUDA. Jika dia mahu kekuatan rohani dalam dirinya, latihan HATI merupakan latihan yang asasi.
Untuk menjadi PEMUDA penyumbang dalam usaha menggapai 'ustaziatul'alam, HATI perlu bersih, HATI perlu jernih .. bersih dan jernih dari kufur serta segala macam kemaksiatan.
HATI itu ibarat kubu sebuah istana. Kita perlu mempertahankan kubu kita daripada diceroboh oleh Syaitan dan Iblis Laknatullah yang durjana.. kita perlu ada cara dalam mengawalnya. Kita perlu ada strategi untuk mempertahankannya.
Apakah cara dan strateginya?
Kita perlu mempertahankan pintu masuk kubu istana. Itulah strategi utama. Jika ini kita mampu lakukan, nescaya tentera-tentera Syaitan dan Iblis pasti sukar untuk menceroboh masuk ke dalam istana.
Persoalannya sekarang, apakah pintu-pintu masuk kubu tersebut? Atau secara realitinya, apakah pintu-pintu masuk Syaitan dan Iblis ke dalam hati kita??
Pintu-pintu masuk tersebut adalah sifat-sifat kita sendiri..
Sifat hasad dengki, ammarah yang keterlaluan, sifat suka bermusuh-musuhan, malas, pengotor, pengeji.. itu semua adalah sebahagian pintu-pintu masuk 'kubu istana'.
Kawallah pintu masuk tersebut, nescaya selamatlah istana, kawal sifat-sifat mazmumah tersebut, nescaya selamatlah hati kita.
Itulah analoginya.. mudah untuk hadam dalam fikiran, tetapi payah untuk dilaksanakan.
Berusahalah untuk mendapat HATI yang suci, bersungguhlah demi memperolehi pangkat PEMUDA yang disegani RABBI .. nescaya pasti ada bahagian untukmu di Akhirat nanti. Percayalah!
Ayuh PEMUDA!!
Ayuh kita semarakkan semangat. Semangat yang kian lama terpendam, semangat yang sudah lama tertanam!
Jangan biarkan ia begitu sahaja, nescaya menyesal kamu di suatu ketika!
Gunakanlah jiwa pemuda kamu di tempat yang sepatutnya, di tempat yang membanggakan Islam, di tempat yang diredhai AS-SALAM.
Moga pemuda-pemuda pilihan seperti kita semua ini, bertemu gembira bukan sahaja di alam duniawi, malah bertemu riang di Syurga Firdausi. Insya-Allah.
Alhamdulillah.

KALKULATOR CINTA

Dalam duduk bersendiri melayan mata yang belum mengantuk malam tadi, hati saya berbisik sendiri.
Berulangkali.
Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di fb, semakin menambah kekuatan saya berimaginasi.
Angan-angan saya, alangkah baiknya, jika ada satu alat yang berfungsi seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untuk aktiviti tambah, tolak, darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjek yang dihitung bukanlah satu benda, tetapi adalah sebuah cinta.
'Kalkulator cinta'.
Saya cuba membayang-bayangkan aplikasinya.
Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, disertai ucapan, 'I love you my dear', maka aktiviti tambah akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai.
'Suami, ucapan cinta, romantik + CINTA = isteri gembira = rasa bahagia.'
Saya berangan-angan lagi.
Andai seorang suami menegur gaya berpakaian isteri sebelum keluar membeli di pasar tani dengan kata-kata : 'Cantiknya awak hari ni! Macam nak pergi mengurat mamat benggali!'.
Maka aktiviti tolak akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, kata-kata yang kasar amat dibenci oleh seorang isteri, walaupun teguran yang diberi adalah benar demi kasih dan cinta suami kepada isteri.
'Suami, sindir, perli – CINTA = isteri terasa hati = masam mencuka wajahnya sehari.'
HATI SEORANG ISTERI
Saya sebenarnya tidaklah terlalu serius memikirkan keperluan wujud atau tidak alat sedemikian. Sekadar berfikir separa santai dalam menanggapi sekian banyak kemelut rumahtangga yang berlaku hari ini.
Salah satu darinya diutarakan melalui ruangan komentar pada artikel saya seblum ini : Renungan buat suami dan isteri. Beliau yang menamakan diri sebagai Lynn meluahkan isi hati :
"Saya suka membaca perkongsian ini. Saya sedang menghadapi kemelut rumahtangga. Sudah sekian lama berkahwin (hampir 5 tahun), suami tidak pernah memujuk, berbual, berkomunikasi (hanya bila mahukan hubungan intim) malah tidak pernah memberitahu apa yang disukai atau apa yang tidak disukai."
Saya bagai hidup dengan 'stranger' setiap hari saya menangis mengenangkan hal ini. Saya tidak mahu 'selfish', anak saya sudah 3 orang walau saya masih muda (belum menjangkau 30 tahun). Saya sayangkan rumahtangga ini dan anak-anak, cuma sedih kerana rasa langsung tidak dihargai kecuali bila suami mahukan hubungan intim. Saya bukan wanita berkerja, saya korbankan karier untuk mencurahkan sepenuh perhatian kepada suami dan anak-anak. Dunia saya hanya suami dan anak-anak. Bila jadi begini, saya rasa amat tertekan dan rasa 'useless'. Apa yg patut saya buat/fikirkan?
Banyak kali saya berbincang dengan suami namun jawapan yang diberikan hanya 1 :
"Maaf abang tak tahu nak cakap apa."
Saya sangat kecewa. Saya tak pernah berhenti berdoa dengan harapan suami akan menyayangi saya.
Saya pernah suarakan, jika suami mempunyai kekasih hati/pilihan lain saya izinkan dia berkahwin. Mungkin suami akan berubah kepada yang lebih baik dengan cara ini tapi tiada jawapan dari suami dan hubungan kami berterusan hambar beku seperti ini.
Harap ustazah sudi memberikan pandangan.
WANITA DAN KATA-KATA CINTA
Saya bersimpati dengan kemelut perasaan yang sedang dihadapi oleh Puan Lynn. Sebagai seorang wanita, saya maklum, belaian jiwa dari seorang suami yang dijelmakan melalui kata-kata seperti ucapan sayang, bicara yang lembut, mahupun sekadar lafaz terima kasih, banyak memberi kesan dan ransangan yang positif terhadap keutuhan rumahtangga yang dibina.
Isteri mana yang tidak bahagia dengan kata-kata yang menggambarkan penghargaan dari suami tercinta. Sesaat lafaz sayang diperdengarkan, sudah cukup meredakan keletihan isteri berbakti untuk anak-anak dan suami. Sepatah ucapan terima kasih diberikan, sudah cukup menjadi penawar yang meredakan resah isteri berdepan rutin yang sama di kebanyakan hari.
Hanya semudah itu, seorang suami dapat mengungguli emosi isteri yang dikasihi. Ia tidak banyak memakan masa, menagih kudrat dan tenaga dan tidak juga menelan belanja yang tidak terjangka nilainya.
Cukup hanya sekadar kata-kata mesra.
Namun begitu, sebagaimana kata-kata yang saya titipkan di laman fb, sebagai peringatan kepada teman-teman, juga untuk tatapan dan renungan diri sendiri, saya menukilkan :
"ALLAH SWT tidak memberikan semua yang kita inginkan, tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan."
Saya akur, bukan semua wanita, bertuah dapat menikahi jejaka yang 'cukup' serba serbi. Seorang yang soleh dan bertaqwa, pandai pula berlawak jenaka, mahir memikat dengan aksi dan gaya yang menambat sukma, juga bertanggungjawab terhadap anak dan isteri di bawah seliaannya.
Tidak semua lelaki memiliki pakej lengkap sebegini!
Kerana itu, saya melontarkan satu persoalan :
"...antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?"
IF MAN COULD TALK
Demikian satu judul buku yang dikarang oleh Dr Alon Gratch, seorang pakar psikologi klinikal dan juga seorang pensyarah di dalam bidangnya. Beliau banyak menulis untuk pelbagai penerbitan termasuk New York Times dan Wall Street Journal.
Manurut Dr Gratch, lelaki bukan tidak boleh berbicara, hanya saja mereka lebih mudah berkata-kata dengan bahasa yang berbeza. Tidak sebagaimana kaum perempuan, yang umumnya terbuka dengan perasaan mereka, kebanyakan lelaki merasa sangat sulit untuk 'membuka' diri untuk orang lain. Oleh sebab itu, pada dasarnya, kaum lelaki sering terlihat jauh dan terasing serta sukar difahami, atau dalam banyak keadaan, agak keras dan menjengkelkan.
Oleh kerana itu juga, lelaki lebih mudah mewakilkan luahan kasihnya melalui sejambak bunga, atau paling tidak mereka akan memilih sekeping kad yang telah dipenuhi dengan berbaris ayat dan madah pujangga supaya ruang untuk mereka menulis menjadi lebih terhad dan tidak terlalu luas.
Justeru, saya berpandangan bahawa seorang isteri yang sentiasa menginginkan kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumahtangganya pasti akan berusaha mengerti, meneliti secara jujur dan yakin diri bahawa tanda-tanda cinta seorang suami terhadap isteri ada pelbagai sudut dan segi.
Kasih sayang seorang suami bukan hanya boleh dinilai dengan kata-kata cinta dan ucapan mesra semata-mata (verbal), akan tetapi lebih penting dari itu ia harus dibuktikan melalui perbuatan dan tingkahlaku (non-verbal).
Kasih sayang, sama ada ia boleh diimplimentasikan dengan kalimah indah dan menyejuk jiwa, ia juga boleh dijelmakan dari perilaku yang baik, pandangan yang mendamaikan, juga sentuhan dan belas ihsan. Dan yang paling utama, peranan dan tugasnya sebagai ketua keluarga telah dilaksana sebaik-baiknya.
Walau tanpa bicara, ia cuba untuk menterjemahkan perasaan dalamannya yang dipenuhi rasa cinta dan kasih mesra terhadap isteri dan cahaya matanya dengan cara yang diyakininya. Sungguhpun cara ini mungkin kelihatan agak sederhana pada penilaian ramai wanita, tetapi ia tetap bernilai secara makna, lebih-lebih lagi kepada sebuah institusi keluarga.
Justeru itu, pandanglah keadaan 'tanpa suaranya' ini sebagai satu kelebihan, kerana seorang suami yang memiliki upaya sebegini adalah seorang suami yang punya keistimewaan tersendiri. Dia sebenarnya seorang yang penyayang tetapi kasihnya ditunjukkan dalam diam. Tanpa bicara, tidak melalui kata-kata.
BAHASA TUBUH RASUL JUNJUNGAN
Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh tauladan terbaik seorang suami yang menyintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal ini. Situasi ini dapat dilihat dari sekian banyak hadis-hadis baginda, di antaranya :
  • Bersegera menemui isteri jika tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi SAW pernah melihat seorang wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lantas baginda menumpahkan keinginan baginda kepadanya. Setelah itu, baginda keluar dan bersabda : "Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya, kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut." (Hadis riwayat Tirmidzi)
  • Bergiliran minum pada tempat yang sama. Dari 'Aisyah r.a, dia berkata : "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda minum, kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dariku, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda pun menghirupnya." ( Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)
Hadis-hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda, sekaligus menyatakan bahawa Islam sangat mementingkan komunikasi non-verbalini, kerana sememangnya bahasa tubuh, dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.
PRO-AKTIF
Saya bersetuju, andai menginginkan suami romantik, tidak salah jika isteri yang memulakan langkah pertama. Bersikap pro-aktif dalam persoalan rumahtangga dan kebahagiaan ikatan perkahwinan tidak akan merugikan pihak isteri. Sebaliknya, bak kata pepatah Inggeris :
'What you give, you get back'.
Dengan senyuman yang manja, sentuhan yang lembut diiringi tutur kata yang sopan bersahaja, pasti dapat menjadi pemangkin buat seorang suami yang pendiam untuk berbicara sepatah dua.
Walau masa yang diambil, mungkin bertahun lamanya, namun usaha yang ikhlas kerana ALLAH, demi kelansungan ikatan perkahwinan dan keharmonian rumahtangga, pasti akan beroleh bantuan dari Yang Maha Esa. Memang tidak mudah, tetapi dengan kesabaran dan mujahadah beserta penyerahan yang tuntas kepada ALLAH, segalanya impian akan menjadi nyata, InsyaALLAH.
Ini sifir yang saya yakini ketepatannya.
Selebihnya, mungkin perkongsian pengalaman dari dua wanita ini, dapat membuka mata dan hati wanita lain yang membaca.
Itu harapan saya.
KALKULATOR CINTA
Akhirnya, buat Puan Lynn dan para isteri di luar sana, saya suka berkongsi beberapa ayat yang sangat memberi kesan kepada diri ini untuk terus memuhasabah sikap, tindakan dan perlakuan saya sehari-hari, terutama dalam menunaikan hak suami dan pelaksanaan tanggungjawab sebagai isteri.
Firman ALLAH SWT :
وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ
Maksudnya : "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan." ( Surah al Anbiya' ayat 47 )
Dan firman-Nya lagi :
كُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَآئِرَهُ فِي عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنشُورًا
Maksudnya : "Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka." (Surah al-Israa ayat 13)
اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا
Maksudnya : "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu." (Surah al-Israa ayat 14)
Saya mengakhiri coretan di ruang fb dengan komen balas berisi sedikit renungan buat diri sendiri dan teman-teman :
"Dalam mempersoalkan tentang hak, adalah lebih baik kita (isteri) bertanyakan diri tentang tanggungjawab yang kita telah, sedang dan akan berikan buat yang berhak (suami).
Fokus kepada apa yang kita perlu buat sebagai seorang isteri dari menumpukan kepada apa yang kita patut dapat dari seorang suami.
Bimbangnya diri ini, andai di akhirat nanti, kita menjadi musuh kepada diri sendiri atas kecuaian dan kelalaian sebagai isteri ketika hayat di dunia ini."
Realitinya, kalkulator cinta suami isteri di dalam Islam tidak berkisar sekadar luahan cinta dan kata-kata yang indah membelai jiwa semata. Ia tidak terhenti hanya pada kiraan secara lahiriah dan fizikal sahaja, tetapi ukuran cinta yang hakiki adalah berlandaskan taqwa, ikhlas dan menuruti sunnah Nabi yang diperakui Ilahi. Keredhaan ALLAH, matlamat utama cinta mereka. Walau sekecil apa pun usaha yang dilakukan demi menjamin ikatan yang ada tidak terlerai dan bubar, ia pasti diberikan ganjaran setimpal oleh Yang Maha Esa.
Sedikit doa :
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalamberdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."
Ameen ya rabbal alamin.
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Biodata Kolumnis

Ustazah Noraslina Jusin merupakan lulusan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan graduan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM). Pernah bergelar guru. Telah berhenti berkhidmat pada bulan Oktober 2006 dan mengambil keputusan menjadi surirumah sepenuh masa dengan aktiviti sampingan sebagai blogger. Merupakan isteri kepada suami tercinta, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan dikurniakan setakat ini dengan empat orang cahaya mata yang menjadi amanah dari ALLAH SWT kepada saya dan suami di dunia ini.

SANGKAAN ALLAH....SANGKAAN KITA

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."
Janji Allah pada hambaNya…pohonlah padaNya..pasti akan dikabulkan…Sebagaimana sangkaan kita padaNya…begitulah Dia akan membenarkan sangkaan kita padaNya…Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari” - Riwayat al-Bukhari.


Sangka kita..doa kita baik belaka…apa yang diminta itulah yang sebaiknya…Ada di antara doa yang Allah makbulkan sekelip mata…hingga terasa bagai di syurga…Ada juga yang terus dan terus berdoa..tidak putus pengharapannya…namun masih belum ada tanda pengabulan doanya..Ternyata rezeki manusia berbeza-beza…Allah menduga hanya mereka yang mampu menanggungnya..


Di sinilah letaknya peranannya ‘sangka-sangka’…yang dengannya mampu mengubah cara kita melihat dunia dan anugerah Yang Esa...Sangkaan kita..bila dipinta anugerah harta dan kesenangan..pasti dikurniakan Allah dengan emas dan wang berjuta…Dalam kejahilan menafsirkan nilai harta dan kesenangan..terlupa kita seketika…..harta dan kesenangan itu bukan hanya satu sifat dan bentuknya..Kesihatan, kebahagiaan, kasih sayang, dan ketenangan juga harta yang tidak ternilai harganya.. Ingin tahu nilainya kesihatan…tanyalah kepada yang menderita kesakitan…pasti tidak mampu diletakkan tanda harga untuk anugerah itu…Jika ingin tahu harganya kasih sayang…tanyalah pada yang terbiar sendirian..pasti tidak akan mampu juga mereka menafsirkan nilainya anugerah bahagia kurniaan Yang Esa…


Tidak kurang yang meminta anugerah cinta…Fitrah kita sebagai manusia..Ingin menyayangi,,dan ingin disayangi… Setiap Adam memerlukan isteri penyejuk mata..Hawa pula menamba suami penawar hati belahan jiwa..Itu fitrahnya..sebagaimana tertulis dalam takdir Adam dan Hawa….
Dalam doa manusia memohon..tidak sedikit Allah perkenankan....ada juga yang dibiarkanNya terus memohon dan memohon…Bukankah itu juga ujian keimanan?


Sangka kita cinta manusia penentu segala..dengan cinta akan ditemui bahagia..itu jua yang didambakan jiwa…Dalam keghairahan mencari cinta..terlupa kita seketika…cinta itu banyak bentuknya…Yang dipohon cuma cinta manusia yang pasti ada pasang surutnya..yang mungkin dianugerah cinta Yang Esa yang sudah pasti tidak ternilai harganya…Terlalu menyintai Dia (ALLAH) pada sang hamba…hingga tidak diizinkan cinta itu dikongsi bersama manusia..Terlalu asyik percintaan sang hamba dengan Yang Esa..hingga cemburu Yang Kuasa jika ada manusia yang ingin mendampinginya...Alangkah indahnya...


Cinta ibubapa juga cinta…cinta itu juga tiada nilainya..Demi cinta si ibu sanggup bergadai nyawa...Wajarlah dikakinya kuncinya syurga..Melaluinya Allah kurniakan keredhaan..yang dengannya dijanjikan bahagia..jika tidak di dunia, pasti nanti akan ketemu jua janjinya Yang Esa..di alam yang pastinya tiada penghujungnya...Ternyata tiada manusia yang dibiarkan tanpa cinta…sama ada cinta manusia..atau cinta Yang Esa…Doa manusia terkabul pada hakikatnya...Cuma kita yang tidak mampu menanggapinya…


Dengan sangka kita kan bahagia…dengan sangka juga kita kan derita..Soalnya sangka yang mana pilihan kita..terserah kita menentukannya…tepuk dada..usah ditanya pada selera… tepuklah hati..pada iman kita bertanya…Moga di situ ada jawabnya...


Wallahua’lam..

PUISI BUAT SEORANG SAHABAT

Sahabat,
Mungkin waktu kan terus berlalu, membawa buih-buih pergi menjauh.

Dan manusia hanyalah butir pasir berserak di hamparan zaman, yang mengikuti kemana angin takdir berhembus.
Dan mungkin waktu melapukkan batu, membuat besi menjadi karat; Mengubah dunia menjadi tidak seperti yang kita kira dan angankan.
Walau sungguh pun waktu berkuasa, persahabatan sejati takkan mudah pudar olehnya.

Akan kenangan saat mimpi-mimpi bersemi semerbak, dan akan kenangan saat mimpi-mimpi terhempas berkeping di jalan berlubang kehidupan -- dan kau ada di sana sebagai sahabat yang memahami segala keluh kesah.
Atas kebaikan yang mungkin tidak kau sadari, oleh sekadar canda yang membuat hidup ini lebih memiliki arti; menjauhkan rasa  sendirian

Dan sahabat, jika apa yang kita miliki memang persahabatan yang tulus, maka ada tali silaturahim yang mesti kita jaga.
Walau jarak merenggangkan ikatan, dan harapan-harapan membawa kita berlayar ke negeri-negeri asing; ketahuilah bahwa ada seorang sahabat yang akan membantumu jika engkau membutuhkannya.

Kado ini tak lebih berharga ketimbang kebaikanmu selama ini. Hanya sekeping tanda mata agar kau tak lupa, bahwa ada – ada bahagia untuk menjadi seorang saudara.

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berbagi dalam suka dan duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: 

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. 

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. 

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: 

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. 

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. 

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan". 

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA...^_^~