Cukup Cukup Cintai
Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya
bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana
lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan
yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana
mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini
oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta
Salman Al Farisi..??
"..
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )
No comments:
Post a Comment