Gambar

Wednesday, March 16, 2011

Salam 1 nuklear

Baru 3 bulan menginjak ke tahun baru 2011, sudah macam-macam peristiwa-peristiwa besar yang telah mewarnai pembukaan tahun baru. Dunia gempar dengan rusuhan manusia di bahagian Timur Tengah dan juga amukan alam di Australia, New Zealand dan terkini di Jepun.

Ketahuilah, hati ini juga turut merusuh, jiwa ini sama-sama diamuk, tempias dari seluruh kejadian.

Apa khabar agaknya semua orang yang ana kenali yang berada di semua negara terlibat? ana juga risaukan kalian, seperti mana kalian turut sama cemas tatkala pergolakan berlaku di perlembahan revolusi ini.

Sama-sama kita menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Lakarlah semula masa depan dan kongsi-kongsikanlah cerita-cerita membina peradaban.





Semoga Malaysia (baik rakyat mahupun kerajaan) sama-sama belajar dari pengalaman pedih kisah loji nuklear di Fukushima. (sebab tak cukup Chernobyl sebagai pengajaran!!!)

Risau. Risau. Risau bila membaca jawapan yang samar-samar daripada Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin, nampaknya TPm sendiri kata akan teruskan projek kat Gebeng tu. Sumber:Mkini

Terpaksa bersetuju dengan Tukartiub,


Untuk ana keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton. Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh. Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu. 

Untuk ana sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknoloji. Kalau yang asas ini pun selalu kantoi bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak. 

Sindiran penuh boleh dibaca di SANA.




Jemput baca:

1)bantahan beberapa NGO terhadap cadangan pembinaan tapak pelupusan tanah jarang di Pahang.


2)secara ringkas, persiapan Sendai untuk menghadapi tsunami-tapi manusia hanya mampu merancang...


No comments:

Post a Comment